Laman Utama   Pengetahuan  Malaysia  Percukaian Malaysia  Perubahan Nilai Ambang Pelaksanaan e-Invois Di Malaysia 

PENGETAHUAN

KONGSI

Perubahan Nilai Ambang Pelaksanaan e-Invois Di Malaysia

Perubahan Nilai Ambang Pelaksanaan e-Invois Di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah menaikkan nilai ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa perutusan Hari Kebangsaan dan seterusnya disahkan melalui Siaran Media HASiL pada 30 Ogos 2026. Selaras dengan perubahan ini, Garis Panduan e-Invois telah dikemas kini kepada Versi 4.8 bagi mencerminkan nilai ambang baharu serta menjelaskan ruang kekeliruan.

  1. Perubahan Nilai Ambang

    Berkuat kuasa mulai 1 September 2026, nilai ambang minimum bagi pelaksanaan e-Invois telah dinaikkan daripada RM1,000,000 kepada RM3,000,000. Pembayar cukai dengan perolehan atau pendapatan tahunan kurang daripada RM3,000,000 kini dikecualikan daripada mengeluarkan e-Invois, termasuk e-Invois janaan sendiri. Pengecualian ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Seksyen 3 di bawah.

  2. Jadual Pelaksanaan e-Invois Terkini

    E-Invois dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi masa yang mencukupi kepada pembayar cukai untuk membuat persediaan dan menyesuaikan diri dengan keperluan serta peraturan baharu. Jadual pelaksanaan telah dipinda beberapa kali, dan kedudukan semasa adalah seperti berikut:

    Bil.

    Pembayar Cukai Sasaran

    Tarikh Pelaksanaan

    Tempoh Kelonggaran Interim

    1.

    Perolehan atau pendapatan tahunan melebihi RM100,000,000

    1 Ogos 2024

    31 Januari 2025

    2.

    Perolehan atau pendapatan tahunan melebihi RM25,000,000 dan sehingga RM100,000,000

    1 Januari 2025

    30 Jun 2025

    3.

    Perolehan atau pendapatan tahunan melebihi RM5,000,000 dan sehingga RM25,000,000

    1 Julai 2025

    31 Disember 2025

    4.

    Perolehan atau pendapatan tahunan sehingga RM5,000,000

    1 Januari 2026

    31 Disember 2027

    5.

    Perolehan atau pendapatan tahunan sehingga RM5,000,000 (termasuk perniagaan atau operasi baharu yang bermula dari tahun 2023 hingga 2025 dengan perolehan atau pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM3,000,000)

    1 Julai 2026

    31 Disember 2027

    6.

    Perolehan atau pendapatan tahunan kurang daripada RM3,000,000

    Dikecualikan

    Dikecualikan


    Bagi perniagaan atau operasi baharu yang bermula dari tahun 2026 dan seterusnya, di mana perolehan atau pendapatan pembayar cukai pada tahun pertama operasinya dijangka berada di bawah nilai ambang (contohnya RM3,000,000), tarikh pelaksanaan e-Invois adalah pada 1 Januari tahun kedua selepas tahun di mana perolehan atau pendapatan tahunannya mencapai nilai ambang tersebut.

  3. Keperluan Untuk Pengecualian Daripada Pelaksanaan e-Invois

    Orang yang berikut pada masa ini dikecualikan daripada kewajipan untuk mengeluarkan e-Invois, termasuk e-Invois janaan sendiri:

    (1)
    Pejabat diplomatik asing
    (2)
    Individu yang tidak menjalankan perniagaan
    (3)
    Badan berkanun, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan, berkenaan dengan kutipan bayaran, levi berkanun, saman, kompaun dan penalti yang dikutip dalam menjalankan fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan berkenaan dengan transaksi yang melibatkan barang yang dijual dan perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum 1 Julai 2025.
    (4)
    Pertubuhan antarabangsa, berhubung dengan transaksi yang melibatkan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum 1 Julai 2025 (rujuk Garis Panduan e-Invois untuk senarai pertubuhan antarabangsa)
    (5)
    Pembayar cukai dengan perolehan atau pendapatan tahunan kurang daripada RM3,000,000.

    Bagi kejelasan, badan berkanun, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan antarabangsa dikehendaki melaksanakan e-Invois mulai 1 Julai 2025 dan seterusnya berhubung dengan transaksi yang melibatkan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan.

    Pengecualian bagi pembayar cukai dengan perolehan atau pendapatan tahunan kurang daripada RM3,000,000 terpakai kepada semua kategori pembayar cukai. Walau bagaimanapun, ia tidak terpakai kepada:

    (1)
    pembayar cukai yang mempunyai pemegang saham bukan individu (atau yang setara) dengan perolehan atau pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM3,000,000; atau
    (2)
    pembayar cukai merupakan anak syarikat kepada syarikat induk dengan perolehan atau pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM3,000,000; atau
    (3)
    pembayar cukai mempunyai syarikat berkaitan* atau usaha sama dengan perolehan atau pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM3,000,000.

    “Syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diuntukkan kepadanya dalam Seksyen 2 Akta Galakan Pelaburan 1986. Secara umumnya, syarikat berkaitan ialah syarikat yang mengawal, dikawal oleh, atau berada di bawah kawalan bersama dengan syarikat lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://www.hasil.gov.my/en

Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.

Penafian

Segala maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat profesional. Kaizen tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan, sila layari laman web rasmi Kaizen CPA Limited di www.kaizencpa.com atau hubungi kami melalui saluran berikut untuk bercakap dengan para professional kami:

E-mel: info@kaizencpa.com
Tel: +852 2341 1444
Telefon bimbit: +852 5616 4140, +86 152 1943 4614
WhatsApp/Line/WeChat: +852 5616 4140
Skype: kaizencpa

Muat turun: Perubahan Nilai Ambang Pelaksanaan e-Invois Di Malaysia [PDF]

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup