Laman Utama   Soalan Lazim  Perkhidmatan Korporat  Malaysia  Mengapa Perniagaan Anda Perlu Ada Lesen Perniagaan di Malaysia 

SOALAN LAZIM

KONGSI

Perkhidmatan Korporat - Malaysia

Soalan

Mengapa Perniagaan Anda Perlu Ada Lesen Perniagaan di Malaysia

Jawapan
S: Adakah semua perniagaan di Malaysia wajib ada lesen perniagaan?
J: Jawapannya, tidak semestinya. Ia bergantung kepada jenis perniagaan, di mana anda beroperasi dan apa aktiviti yang anda buat. Ada perniagaan yang cukup sekadar daftar sahaja, tapi kebanyakkan memang kena ada lesen premis, lesen papan tanda, lesen khusus ikut industri atau kelulusan dari pihak berkuasa tertentu.

S: Lepas dah daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”), boleh terus buka kedai atau mula operasi ke?
J: Tak semudah itu. Daftar dengan SSM maksudnya anda dah ada entiti undang-undang, tapi bukan lesen untuk beroperasi. Ada lesen atau permit lain yang mungkin perlu anda dapatkan dulu sebelum boleh jalankan perniagaan secara sah.

S: Boleh ke mula buat perniagaan dulu, lepas tu urus lesen kemudian?
J: Seelok-eloknya, jangan. Anda kena pastikan semua lesen, permit dan kelulusan yang diperlukan dah ada sebelum mula buat aktiviti yang memerlukan lesen. Kalau degil juga beroperasi tanpa lesen, risikonya besar — boleh kena denda, lesen digantung, malah perniagaan boleh ditutup terus ikut undang-undang yang berkuat kuasa.

S: Ada kemungkinan permohonan lesen perniagaan ditolak ke?
J: Boleh jadi. Permohonan biasanya ditolak kalau dokumen tak lengkap, premis tak ikut syarat yang ditetapkan, atau anda gagal penuhi keperluan yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan.

S: Lesen perniagaan kena diperbaharui ke?
J: Ada yang kena perbaharui ikut tempoh tertentu, ada juga yang kekal sah selagi anda ikut syarat dan peraturan yang ditetapkan. Jadi, penting untuk anda sentiasa ambil tahu tempoh sah lesen yang anda ada dan pastikan renew sebelum tamat tempoh.

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup