Laman Utama
Soalan Lazim
Perkhidmatan Korporat
Malaysia
Mesyuarat Secara Maya Bagi Syarikat di Malaysia
Mesyuarat Secara Maya Bagi Syarikat di Malaysia
| S: |
Boleh ke syarikat buat Mesyuarat Agung secara maya? |
| J: |
Benda ni tak ada masalah selagi tertakluk bawah perlembagaan syarikat. Mengikut Seksyen 327(1) Akta Syarikat 2016, mesyuarat agung memang sah dijalankan di beberapa lokasi berasingan guna kemudahan teknologi, asalkan semua ahli dapat berbincang dengan lancar. |
| S: |
Perlu ke ada lokasi fizikal untuk mesyuarat maya sepenuhnya? |
| J: |
Tidak perlu. Bagi mesyuarat yang dibuat secara maya sepenuhnya, lokasi mesyuarat boleh direkodkan sebagai URL web yang berdaftar dengan MYNIC Berhad, alamat fizikal pendaftar domain, atau alamat fizikal Pengerusi di Malaysia. Syarikat perlu memastikan bukti bahawa platform atau pendaftar domain tersebut berpangkalan di Malaysia. |
| S: |
Adakah pemegang saham boleh mengundi dan bertanya soalan semasa mesyuarat secara maya? |
| J: |
Ya, memang boleh. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk memberi ruang kepada pemegang saham bertanya, berbincang, dan mengundi resolusi. Proses pengundian boleh dibuat sama ada secara angkat tangan atau undi belah bahagi. |
| S: |
Dokumen apa yang perlu disediakan sebelum mesyuarat secara maya? |
| J: |
Sediakan dokumen-dokumen penting ini sebelum mesyuarat bermula adalah seperti notis mesyuarat, borang proksi, senarai kehadiran serta kertas kerja mesyuarat. Sangat digalakkan untuk menyediakan panduan pentadbiran (administrative guide) agar pemegang saham tahu cara akses platform, prosedur penyertaan, dan langkah-langkah lain yang perlu diikuti. |
| S: |
Bila mesyuarat dianggap sah (kuorum)? |
| J: |
Sesuatu mesyuarat itu dikira sah sekiranya jumlah kehadiran mencapai kuorum minimum yang ditetapkan di bawah perlembagaan syarikat atau Akta Syarikat 2016. Biasanya, kuorum minima adalah seorang bagi syarikat tunggal, manakala syarikat lain memerlukan sekurang-kurangnya dua orang. |

