(1)
|
terdapat kontrak peminjaman pekerja di antara majikan asal dengan syarikat yang dipinjamkan;
|
(2)
|
aktiviti perniagaan majikan asal adalah selain daripada penyediaan perkhidmatan pekerjaan, termasuk agensi pekerjaan dan organisasi majikan profesional;
|
(3)
|
seorang pekerja dipindahkan buat sementara waktu oleh majikan asal untuk melaksanakan tugas di tempat lain untuk tempoh masa tertentu, dan selepas tamat tugasnya, pekerja itu kembali kepada majikan yang sama untuk meneruskan pekerjaannya;
|
(4)
|
pekerja akan terus bekerja untuk majikan asal sepanjang tempoh penempatan, dan kesinambungan pekerjaan itu tetap berterusan dan tidak terputus;
|
(5)
|
semasa tempoh peminjaman, pekerja tersebut hanya bekerja untuk syarikat yang dipinjamkan;
|
(6)
|
syarikat yang dipinjamkan mempunyai kawalan penuh ke atas pekerja tersebut;
|
|
(7)
|
gaji dan apa-apa elaun lain (pada nilai kos) akan dibayar oleh syarikat yang dipinjamkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan tiada caj tambahan lain dikenakan; dan
|
(8)
|
tempoh penempatan pekerja adalah kurang daripada enam bulan dalam setahun penempatan itu dan tidak bersambung dengan tahun seterusnya.
|