Lanjutan Pkps Duti Setem Sehingga 31 Disember 2026 di Malaysia
Susulan pengumuman mengenai pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (selepas ini dirujuk sebagai “PKPS”) bagi duti setem pada 28 Januari 2026, program tersebut akan dilanjutkan untuk tempoh enam (6) bulan lagi, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026, sepertimana yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pada 26 Jun 2026 melalui Kenyataan Media HASiL.
Pelanjutan ini merupakan usaha Kerajaan untuk menggalakkan pematuhan duti setem secara sukarela di samping memberikan masa yang mencukupi bagi pembayar duti untuk membiasakan diri dengan peralihan kepada Sistem Taksir Sendiri Duti Setem. Selain itu, inisiatif ini menyokong pematuhan jangka panjang terhadap obligasi duti setem dan menyumbang ke arah kemampanan fiskal Malaysia.
-
Program Khas Pengakuan Sukarela
PKPS merupakan satu inisiatif oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk pembayar duti tampil secara sukarela bagi melaporkan surat cara yang tertunggak atau lewat disetemkan. Semua surat cara yang disetemkan di bawah program ini layak untuk pengecualian penalti bagi menggalakkan pematuhan secara sukarela.
-
Kelayakan dan Syarat-Syarat
Bagi melayakkan diri untuk pengecualian penalti di bawah PKPS, pembayar duti dikehendaki menyelesaikan proses penyeteman dan pembayaran duti dalam tempoh masa PKPS yang dilanjutkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(1)
|
Semua surat cara yang disempurnakan dalam tempoh dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025 adalah layak untuk pengecualian tersebut;
|
(2)
|
Penyeteman dan pembayaran duti setem hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dari 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026;
|
(3)
|
Penalti akan dikecualikan secara automatik selepas penyelesaian duti setem pokok; pembayar duti tidak perlu mengemukakan permohonan untuk pengecualian penalti berkenaan;
|
(4)
|
PKPS Duti Setem 2026 tidak terpakai bagi kes yang melibatkan unsur penipuan; dan
|
(5)
|
Semua surat cara yang disetemkan di bawah PKPS Duti Setem 2026 akan dikecualikan daripada audit. Walau bagaimanapun, program ini tidak mengecualikan pembayar duti daripada audit ke atas surat cara lain yang tidak disetemkan di bawah program ini.
|
-
Kesimpulan
Pembayar duti dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan penyeteman dan membuat pembayaran duti setem dengan lebih awal bagi memastikan notis taksiran dapat dikeluarkan dalam tempoh PKPS, dan penyelesaian akhir dimukamadkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pembayar duti harus memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk menyertai PKPS Duti Setem 2026 bagi menikmati pengecualian penalti dan menyokong obligasi pematuhan duti setem.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di
https://www.hasil.gov.my/en
Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.